TANDA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Pernahkah anda terdengar seperti bunyi guli jatuh di lantai atau di atas bumbung rumah?
Atau sering kedengaran seperti ada orang mengemas & menarik perabot di tengah malam?
Atau sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah dan merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah?

Mungkinkah di rumah anda ada gangguan jin? Cuba lihat di bawah ini antara tanda lain terdapatnya gangguan jin di dalam rumah:


1. Anda selalu rasa tidak tenteram bila berada dalam rumah tetpi anda sendiri tidak tahu apa sebabnya.bagi orang yang lemah semangat akan selalu berasa takut tinggal berseorangan dalam rumah tanpa sebab yang munasabah. 


2. Selalu terjadi pertengkaran atau pergaduhan atau perasaan benci membenci dalam kalangan serumah. Hatta dalam perkara kecil pun boleh membawa kepada pertengkaran besar dan berisi dendam kesumat.


3. Selalu ada orang sakit dalam rumah sama ada orang yang sama atau berganti-ganti (orang tua, dewasa atau kanak-kanak) dan penyakitnya ada gejala yang boleh mengaitkan dengan gangguan jin.


4. Rumah itu cepat 'berhantu' jika ditinggalkan kosong iaitu mungkin ada bunyi-bunyi ganjil atau kegiatan seperti ada manusia di dalam rumah itu malah mungkin suara memanggil orang yang lalu di depan rumah atau jelmaan-jelmaan jin samada secara jelas atau bayangan serta kelibat-kelibat makhluk aneh atau mungkin orang yang melintas akan nampak 'seseorang' yang berdiri di jendela dan sebagainya.


5. Malah jika lebih berat semasa didiami manusia pun perbagai perkara ganjil berlaku seperti suara berbisik, berbual-bual, atau perbagai bunyi asing seperti bunyi pintu terbuka, tertutup, bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya pada waktu malam. 


6. Ada pada bahagian tertentu dalam rumah itu di mana anda merasa panas, terhidu bau busuk atau bau aneh, berasa seram tanpa sebab.


7. Malah kadang-kadang sakit atau merasa serangan benda halus ketika anda melintas atau berada pada tempat berkenaan. Hal ini sangat jelas jika dalam rumah itu ada tempat khas seperti bilik contohnya yang menjadi tempat pemujaan jin walau apa pun tujuannya atau menjadi tempat simpanan sesuatu benda sihir iaitu apa saja benda yang didampingi atau dijaga jin contohnya tangkal, senjata lama, batu, kayu, cincin dan sebagainya. 


8. Kadang-kadang bilik yang berkunci tiada orang tiba-tiba kelihatan terang benderang dari luar seolah-olah lampu dipasang dan ada bunyi atau suara ganjil. 


9. Ada kanak-kanak yang selalu kencing malam walaupun perbagai ikhtiar dibuat untuk mencegah nya. Suka berbuat nakal dan selalu mimpi aneh atau mengigau dan sebagainya. 


10. Anda sukar tidur diwaktu malam atau rasa resah gelisah tanpa sebab atau selalu terjaga pada waktu malam atau ada juga orang yang merasa ramai 'orang' dalam bilik menumpang dan menemaninya tidur. 


11. Kalau orang luar yang berdamping atau didampingi jin masuk ke dalam rumah ia mungkin merasa pening atau gelisah atau takut malah ada juga yang jatuh sakit tiba-tiba.


12. Mungkin juga orang itu akan pitam atau rasa diserang sesuatu yang tidak kelihatan. 


13. Isi rumah merasa sukar mengerjakan ketaatan kepada Allah terutamanya mengerjakan solat.


14. Timbul perbagai masalah antara suami isteri seperti selalu bertengkar, cemburu buta atau yang sering terjadi marah tidak tentu pasal kepada pasangan. 


15. Selalu melihat ada kelibat bayangan hitam melintas pada pandangan ekor mata atau mungkin juga jelmaan-jelmaan aneh. 

Adakah di rumah anda terdapat sebahagian atau kesemua tanda-tanda tersebut? Jika ada, itu tandanya ada gangguan jin di dalam rumah anda & saya nak bantu anda yang mengalami masalah di atas.


-----------------------------------------------------------------
SPRAY BIDARA
-----------------------------------------------------------------



Extrak daun bidara 
Non Alcohol
Bau segar & harum


Dapatkan segera Spray Bidara ini dengan harga RM40 sebotol.
"Sebulan guna spray bidara di bilik, dengan izin Allah gangguan dan perasaan seram dah takda. Sebelum ni nak stay up tengah malam studi pun rasa seram" ~ najwa, student uia.
"Sebelum ni pernah kena santau, jadi susah nak tidur malam. Alhamdulillah dengan izin Allah, lepas ikhtiar guna spray bidara pd waktu malam, dah boleh tidur & tak ada gangguan" ~ kak iza

Daun Bidara



Bidara atau nama sainsnya dikenali sebagai Ziziphus Mauritiana adalah sejenis pohon kecil yang juga menghasilkan buah, kebanyakkannya tumbuh di daerah kering.

Sebutan atau panggilan namanya berbeza-beza antara sesebuah negara, di Malaysia biasanya ia digelar bidara, jujub, epal siam, di Filipina dikenali sebagai Manzanitas. Adapun di Burma ianya dipanggil zee-pen dan dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Jujube, Indian Jujube dan Indian plum.

Pohon bidara (sidr) disebut  sebanyak 2 kali dalam kitab suci Al Quran iaitu:

a) Surah Saba, Verse 16:

فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ

Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.

b) Surah Al-Waqia, Verse 28:

فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ

Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

Sebagaimana tumbuh tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran pasti bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Tambahan lagi ia disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga.

Daun bidara digunakan untuk memandikan jenazah. Jenazah dimandikan sebanyak 3 kali dan mandian yang pertama menggunakan air yang diramas dengan daun bidara didalamnya.

Hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari ontanya dan meninggal, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :

اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ.

“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafan dengan dua baju”. (HR. Bukhary-Muslim).
Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, beliau bersabda :

اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Mandikanlah dia tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan air dan daun bidara”. (HR. Bukhary-Muslim).

Untuk wanita pula disunatkan menggunakan daunnya sebagai mandian ketika suci dari haid.
hadits ‘Aisyah bahwasanya Asma` bintu Syakal bertanya kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam tentang mandi Haid, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam menjawab :

تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَهَا فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُوْرَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتُدْلِكُهُ دَلْكًا شَدِيْدًا حَتَى يَبْلُغَ شُؤُوْنَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا. فَقَالَتْ أَسْمَاءُ : وَكَيْفَ
أَتَطَهَّرُ بِهَا ؟ فَقَالَ : سُبْحَانَ الله تَطَهَّرِيْنَ بِهَا. فَقَالَتْ عَائِشَةُ : كَأَنَّهَا تَخْفَى ذَلِكَ تَتَبَّعِيْنَ أَثَرَ الدَّمِ.

“Hendaklah salah seorang di antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiram kepalanya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya.) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian Asma` bertanya lagi : “Bagaimana saya bersuci dengannya?”. Nabi menjawab : “Subhanallah, bersuci dengannya”. Kata ‘Aisyah : “Seakan-akan Asma` tidak paham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)”. (HSR. Muslim)


Ciri Ciri Daun Bidara

Cuba perhatikan dan amati betul-betul apa yang terdapat di dalam Al-Quran Surat Al-waqi’ah ayat 28 yang berbunyi “Berada di antara pohon bidara yang tak berduri,”,seakan – akan ayat tersebut ingin menunjukan bahwa pohon bidara yang ada di bumi kita ini semua berduri.

Disini ini kita dapat lihat dengan jelas pada gambar pokok bidara yang masih kecilpun sudah nampak penumbuhan durinya, seakan-akan ingin menunjukkan bayangan ciri-cirinya sebagai pohon yang telah disebutkan dalam ayat tersebut.

Selain disebutkan di dalam Al-Qur’an, pokok bidara juga penggunaannya di dalam hadits. Dia digunakan dalam berbagai proses ibadah, ini ramai yang tidak mengetahui sebenarnya daunnya disunnahkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Juga ketika memandikan jenazah dan menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah disarankan dimandikan dengan air yang dicampur daun bidara.


Terapi Daun Bidara

Daun Bidara ini biasanya digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.

Khasiat Daun Bidara Untuk Mengatasi Gangguan Jin Dan Sihir

Wahb bin Munabih, salah seorang pemuka tabi’in yang ahli dalam sejarah dan ilmu kedokteran menyarankan untuk menggunakan tujuh helai daun bidara yang dihaluskan.

Kemudian dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, surat al Kafirun, al Ikhlash, al Falaq dan an Naas. (lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)

Jika anda menggunakan daun bidara asli, caranya, ambil tujuh helai daun bidara yang masih hijau dan tumbuk di antara dua batu(biasanya guna lesung batu). Kemudian daun bidara yang lumat tadi diambil di letakkan dalam baldi lalu siramkan air diatasnya sebanyak jumlah air yang cukup untuk mandi dan bacakan di dalamnya ayat-ayat al Qur-an.

Seelok-eloknya gunakan air mineral yang bersih.

Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air dalam baldi, ambil sedikit air tadi dan diberi minum sedikit dan kemudian mandi dengan menggunakan baki air dalam baldi tadi. Dengan demikian, insya Allah penyakit (sihir) akan hilang.

Jika orang yang terkena gangguan jin atau sihir merungut tidak selesa, bau busuk , pening kepala mahupun meraung-raung kesakitan, jangan terperdaya, tetap teruskan menyiramnya dengan air campuran daun bidara karena itu adalah raungan dari jin kafir dan iblis yang kesakitan akibat kepanasan.

Dan jika perlu, lakukan berulangan proses tadi dua kali atau lebih, sehingga penyakit (sihir) itu benar-benar sembuh. Insya Allah dengan izinNya,
Allah memberikan manfaat padanya. Pengobatan tersebut juga sangat baik bagi suami yang tidak bisa berhubungan badan karena terkena sihir.
Apabila Terkena Sihir Dan Gangguan Yang Sudah Kronik
Jika ada orang yang mengalami ujian dengan terkena sihir yang susah dihilangkan, hendaknya dia berdoa pahala kepada Allah atas ujian ini, dan berikhtiar untuk merawatnya. 

Rawatan sihir yang sudah kronik ini boleh dilakukan dengan menggunakan daun bidara:

Di antara kaedah yang biasa dipraktikkan adalah,

1. Mandi dengan air yang telah dicampur daun bidara

Persiapan: Siapkan 7 daun bidara hijau, dan baldi air yang cukup untuk mandi.

Caranya:

a. Haluskan daun bidara dengan ditumbuk, dan campurkan ke dalam air yang telah disiapkan.

b. Baca ayat-ayat berikut di dekat air (di luar bilik mandi):

1) Baca ta’awudz: a-uudzu billahi minas syaithanir rajiim
2) Ayat kursi (QS. Al-Baqarah: 255)
3) QS. Al-raf, dari ayat 117 sampai 122
4) QS. Yunus, dari ayat 79 sampai 82
5) QS. Taha, dari ayat 65 sampai 70
6) Surat Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
7) Minumkan air tersebut di atas 3 kali (biasannya gunakan gelas kecil)
8) Gunakan baki air tadi untuk mandi.
9) Cara seperti ini bisa dilakukan beberapa kali, sehingga pengaruh sihirnya hilang.

(Kaedah ini disebutkan oleh Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qohthani dalam buku beliau Ad-Dua wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqa, Hal. 35).

Sumber: Darussyifa, BidaraTerapi & Karangkraf.




Extrak daun bidara 
Non Alcohol
Bau segar & harum

Ikhtiar Terapi Spray Bidara!

===========================
KEISTIMEWAAN SPRAY BIDARA:
=======================

~Spray yang berfungsi untuk mengharumkan seisi kediaman, kereta dan dijadikan pelembut pakaian ketika menggosok pakaian.

~Mengandungi EKSTRAK DAUN BIDARA yang boleh menghindarkan daripada gangguan makhluk halus dan jin.

~EKSTRAK DAUN BIDARA dapat meningkatkan AURA POSITIF.

~Boleh menggantikan racun serangga. Lebih selamat sebab tiada racun dan bahan kimia merbahaya.


CARA PENGGUNAAN SPRAY BIDARA:


  • Boleh dijadikan pewangi dalam rumah dan menghilangkan bau hapak. Sembur pada sofa, langsir, tilam, karpet.


  • Boleh dijadikan pewangi dalam kereta. Sembur pada kusyen kereta.


  • Boleh dijadikan sebagai pelembut dan pewangi pakaian. Sembur sebelum menggosok pakaian.


  • Boleh dijadikan sebagai penyembur serangga. Sembur ditempat laluan serangga atau lubang tikus/lipas/cicak/semut/lalat.


  • Boleh dijadikan penawar pelbagai penyakit. Sembur pada bahagian badan yang sakit.


  • Untuk elak gangguan makhluk halus di rumah atau bilik, spray di sekitar dalam rumah atau dalam bilik.


  • Spray atas katil sebelum tidur untuk elak gangguan semasa tidur.


Testimoni




 


Mari cuba produk Spray Bidara pada harga lebih murah...

Dapatkan harga promosi RM60 dengan belian 3 botol hari ini!